Header Ads

Taktik Bunuh Isteri Terbongkar

Taktik Bunuh Isteri Terbongkar

TAKTIK licik seorang saintis di Britain yang merancang dengan teliti pembunuhan bekas isterinya akhirnya terbongkar selepas muslihat tersebut gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Wai Hong Tsang, 33, dari Scartho,Grimsby dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Lincoln Crown Court selepas didapati bersalah membunuh Mingzi Yang, 29 pada Jun lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang pakar kesihatan industri didakwa mula membuat rancangan itu selepas dia menerima surat daripada peguam bekas isterinya yang menuntut hak penjagaan bersama anak mereka, Lucas berusia lima tahun.

Menurut pihak berkuasa, Hong Tsang turut mereka alibi yang membuktikan kononnya dia berada sejauh 64 kilometer dari lokasi pembunuhan di Lincoln.

Susulan daripada itu, polis terpaksa menahan tunang mangsa, Darren Grundy, 32, selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, Grundy dibebaskan selepas polis mendapati dia tidak terlibat dalam kejadian itu dan siasatan itu diteruskan terhadap tertuduh.

“Hong Tsang memberi kerjasama kepada kami dan tanpa dia sedari segala pergerakannya direkodkan oleh alat GPS yang dipasang pada keretanya.

“Dia memberhentikan kereta tersebut di hutan Sherwood sebelum menunggang basikal menuju ke rumah mangsa. Tertuduh dipercayai memukul bekas isterinya beberapa kali hingga mengakibatkan kecederaan pada otaknya,” kata jurucakap polis.

Hong Tsang akhirnya diberkas pihak berkuasa selepas laporan forensik menunjukkan kesan darah mangsa terdapat pada basikal dan jam tangannya. – DailyMail

No comments