Faraid: Berapa Habuanku? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Faraid: Berapa Habuanku?

BERAPA HABUANKU
Siapa kamu
Aku isterinya
Untukmu 1/4 kerana suamimu tidak punya anak
1/8 sahaja habuanmu
Kerana suamimu punyai anak menyambung generasi
Siapa kamu
Aku suaminya
Ambillah 1/2 peninggalannya
Jika isterimu mandul
Kehadiran anak2nya
Mengurangkan habuanmu kepada 1/4 cuma
Aku anak lelakinya yang sulung
Aku anak perempuannya yang sulung
Aku anak lelakinya yang bongsu
Aku anak lelakinya yang berjawatan
Jangan berebut
Kamu semua anak-anak nya
Kalian semua layak mempusakai
Peninggalan bapa kalian
2 bahagian untuk lelaki
1 bahagian untuk perempuan
Hai orang tua berdua
Kamu siapa
Aku ayahnya dia ibunya
Hai pak cik
Jika anakmu bujang teruna
Atau zuriat tiada
Ambillah peninggalan anakmu
Lebihan daripada ambilan penerima habuan tetap
Habuanmu asobah namanya
Jika anakmu punya zuriat
Habuanmu cuma 1/6
Jangan ambil melebihinya
Hai mak cik
Habuanmu 1/3
Kerana anakmu tidak punya anak
Kematian menjemputnya sebelum sempat berumahtangga
Dia juga satu satunya anakmu
Habuanmu cuma 1/6
Kerana anakmu punya zuriat keturunan
Anak-anakmu yang lain
Adalah saudara-saudaranya
Ohh ahli-ahli waris
Jangan pertikai habuan mu
Itulah ketetapan Allah
Yang Adil lagi Bijaksana
Ambillah habuan masing-masing
Redha dan syukur
Pembahagian daripada Allah
Wahai lelaki berpakaian kemas
Siapa kamu
Aku pengurus baitulmal
Kenapa kau ambil harta si mati
Kerana tiada langsung warisnya
Sajak faraid nukilan
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar