Header Ads

Pakar Cermin Retak Dan Pecah Melaka

Pakar Cermin Retak Dan Pecah Melaka

Pada tempoh hari kereta adik ipar cermin sebelah drebar retak seribu semasa parking. Balik-balik ajer cermin kereta dah retak seribu. Tak pasti kenapa ia pecah, mungkin perbuatan khianat atau mamat bangla yang potong rumput terkena cermin kereta adik ipar aku.

Melalui penyiasatan forensik aku...hehehehehehe. Ia lebih berkemungkinan terkena batu dari kesan potong rumput. Walau bagaimanapun cermin kereta dah retak mahu tak mahu kena repair lerr....

Tapi nasib baik ler ia tak jatuh kaca semua. Ini kerana kereta ini ada tinted dan retak semua dipegang oleh tinted. Kalau tak ada tinted memang berderai ler cermin tu atas kusyen kereta...huhuhuhu.

Aku bukannya ada pengalaman bikin cermin kereta, nak repair pun tak tahu kat mana, Nasib baik jiran aku kata di Semabuk Melaka ada tempat membaiki dan menukar cermin.

Pakar Cermin Retak Dan Pecah Melaka
Gambar disebelah menunjukkan keadaan kereta yang telah dibaraikan menanti cermin baru dipasangkan.

Pekerja yang membuat kerja ini amat profesional dan cekap. Pekerja bumiputera yang menjalankan perniagaan ini dan namanya Ajoy. Nama macam artis..hehehehe.

Anggaran tempoh masa ialah dalam kurang 1 jam untuk membuka dan memasang cermin kereta sebelah drebar ini.

Nama company dia Tuah RB Enterprise. So kalau sesiapa yang pecah cermin dan ada insuran , syarikat ini juga menerima dan menguruskan insuran. So don't worry, ia menerima cash money dan claim insuran.

Harga pun tak mahal sangat dan memang berbaloi servis mereka. Aku fully rekemen kalau anda semua ada di Melaka dan mencari kedai menukar cermin kereta anda. 

Tuah RB Enterprise.
Syarikat Pakar Cermin 
Gambar atas menunjukkan perkhidmatan yang mereka berikan cuma perkhidmatan repair cermin dah tak buat sebab mereka kata kalau cermin  dah retak sikit better tukar.

Lepas aku tukar cermin kereta aku terus pergi kedai tinted dan pasang tinted terus. Bukan sebab musim panas yang akan menjelma tetapi safety concern.

Macam kes kereta adik ipar aku , kalau tak der tinted sure dah berderai kaca cermin tu. Bayangkan kalau anda tak pasang tinted dan semasa memandu ada lori yang bawa batu secara tak sengaja terbang ke kereta anda. Pehhh aku tak dapat bayangkan

Sekarang kereta tu dah molek seperti dahulu... Yang penting duit ada semua selesai...hahahahahaha. Malaysia Best Blog 2015

Aktiviti Memasang Tinted.



No comments