Header Ads

Pembuat Coklat Ferrero Rocher Meninggal Dunia

Pembuat Coklat Ferrero Rocher Meninggal Dunia

Lelaki paling kaya di Itali, Michele Ferrero, yang juga merupakan pemilik perusahaan coklat 'Nutella' telah meninggal dunia di usia 89 tahun semalam.

Memetik laporan The Guardian, Presiden Itali menyampaikan salam takziah sambil memuji Ferrero sebagai tokoh penting dalam industri makanan di Itali.

"Ia selalu selangkah lebih maju, hasil daripada produk-produknya yang inovatif dan kerja kerasnya, ujar presiden tersebut.

Michele meninggal dunia atas faktor sakit tua, beliau meninggal di rumahnya di Montecarlo.

Nama Ferrero dikenali selepas memperkenalkan coklat sebutan ramai "Ferrero Rocher" selain coklat lain keluaran Nutella.

Perniagaan coklat keluarga Ferrero diasaskan oleh ayahnya yang bernama Pietro, yang mula membuat coklat daripada kacang nutella semasa Perang Dunia Kedua.

2 comments

MG schmidt said...

wil b legend in choc side

Nadia Johari said...

ferrero rocher mahal, rasanya pun biasa je bagi nad..