SKDHB Program Menggilap Permata AyahBonda 2015

SKDHB Program Menggilap Permata AyahBonda 2015
Ibu Anak Yang Sempat Berposing 

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah anak  iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda ada memanggil ibubapa yang anak mereka yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini ke Program Motivasi yang bernama Program Menggilap Permata AyahBonda 2015.


SKDHB Program Menggilap Permata AyahBonda 2015
Guru Besar Memberi Penjelasan Program
Sebuah program pengenalan kepada ibubapa perancangan pihak sekolah dalam mencapai kejayaan bersama antara ibubapa, anak-anak dan pihak guru untuk memastikan kejayaan keseluruhan UPSR tahun ini di SKDHB.

Baguslah kalau pihak sekolah mempunyai inisiatif dalam menjelaskan dan melaksanakan pelbagai program untuk membantu anak-anak kita.

Aku sentiasa menyokong apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah. Kita semua mempunyai agenda masing-masing.

Pihak sekolah sudah tentu mahukan kenaikan peratusan dalam kecemerlangan pendidikan melalui keputusan UPSR. Manakala ibubapa sudah tentu mahukan anak mereka berjaya dan cemerlang dalam UPSR.

Tapi yang pasti ke arah yang satu tujuan iaitu berusaha keputusan UPSR terbaik untuk anak-anak dan murid-murid.

Barulah ibubapa boleh tersenyum dan pihak sekolah berasa lega bebas dari tekanan. 

Secara peribadi aku melihat usaha keras guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda membawa masuk guru-guru terbaik dalam mencapai kecemerlangan UPSR.

Walau pun baru mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda dalam setahun dan pelbagai masalah timbul sejak akhir-akhir ini. 

Namun bagi aku itulah cabaran sebelum sesuatu kejayaan Kejayaan termanis ialah apabila dugaan dan tohmahan diterima tetapi penghujungnya anda akan tersenyum...


SKDHB Program Menggilap Permata AyahBonda 2015
Motivasi "Ibubapa hebat , Anak Cemerlang"

SKDHB Program Menggilap Permata AyahBonda 2015
Akujanji Ibu Bapa
Malaysia Best Blog 2015

Share:

3 comments