Zero Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Zero Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014

Tahniah buat kumpulan Zero yanag menjadi juara MLM 2014, satu keputusan yang mengejutkan kerana rata-rata memikirkan kumpulan Virus akan menjadi juara.

Tapi pada separuh akhir mereka terkeluar dan harapan pada Sepahtu. Tetapi semenjak 3 minggu kebelakangan ini kumpulan Zero telah memberi kelainan dalam persembahan mereka.

Pada final MLM 2014 mereka membuat kelainan dengan membuat persembahan singa yang menerujakan kami semua. Tahniah buat mereka!!! 

Kumpulan Zero muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 selepas saingan minggu terakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Gandingan adik beradik Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.

Mereka menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal.

Kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dimenangi peserta solo, Nabil yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.

Kumpulan Shiro pula di tempat keempat diikuti kumpulan Bocey di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat.

Peserta diadili juri tetap, Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura serta dua juri luar iaitu Taufik Batisah dari Singapura dan Farah Quinn dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).