Header Ads

Blog Terbaik Adalah Tajuk Blog

Blog Terbaik Adalah Tajuk Blog

Dalam dunia blogging kita selalu di omokkkan blogger yang berjaya adalah blog yang mempunyai penulisan yang baik. Dengan penulisan yang baik maka secara tak langsung ia akan menarik perhatian pembaca.

Tetapi penulisan yang baik tidak menjamin kenaikkan trafik sesebuah blog. Inilah realiti dunia blogging. Dan inilah punca ramai penulis-penulis blog kecundang separuh jalan sahaja. Sebabnya tiada trafik!!!

Menurut sebuah artikel yang aku baca, pembaca sebelum membaca blog anda terlebih dahulu mereka akan melihat tajuk blog anda dahulu. Di dalam enjin carian, bukannya konten artikel anda yang akan keluar tetapi tajuk blog anda kan?

Jika anda seorang pembaca yang sedang mencari maklumat tentang SEO. Yang mana satu akan pilih:
a) SEO Menjamin Trafik
b) Teknik SEO Menjamin Jutaan Trafik


Konten artikel kedua-duanya adalah sama tetapi jika anda pencari enjin carian dan terjumpa salah satu tajuk artikel ini, mana akan anda klik masuk dahulu?

Inilah realiti yang anda harus akui. Selepas anda membuat artikel cubalah cari tajuk blog yang terbaik melalui carian keyword-keyword yang menjadi tumpuan ramai.

Kalau malas buatlah gimik tajuk artikel dan post ke laman ping yang banyak terdapat di Malaysi ini. Tapi janganlah amal selalu sebab jika buat tajuk gempak-gempak tapi konten punkurang gempak, pembaca akan lari juga.

Tajuk gempak + artikel  gempak = Trafik Gempak.

1 comment

Cikgu Hani said...

terima kasih atas tips. akan sedaya upaya usaha nak sediakan tajuk dan konten yang terbaik.