Blogger Gembira Bila RM Jatuh? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Blogger Gembira Bila RM Jatuh?

Blogger Gembira Bila RM Jatuh?

Salam satu blogger. Malaysia kini menghadapi kejatuhan RM yang agak teruk sejak kebelakangan ini.
Ramai yang mengeluh melihat kejatuhan RM dan sudah tentu kerajaan akan disalahkan, lambat mengambil tindakan.

Barangan import akan menjadi lebih mahal secara relatifnya. Dan impak ini sudah tentu ditanggung oleh rakyat.

Dan kapasiti untuk melancong ke luar negeri makin mengecil pilihannya kerana nilai RM kita semakin murah!!!!

Tetapi untuk blogger, mereka tersenyum melihat kejatuhan RM. Nilai 1 USD kini berjumlah RM3.71 adalah rahmat yang tak terhingga.

Mana tidaknya, kebanyakkan iklan-iklan di blog mereka di bayar dengan USD!!!
Pilihan memang cukup banyak untuk blogger-blogger Malaysia memilih agensu pengiklanan yang membayar dengan USD.

Sebagai contoh pengiklan pilihan bayaran USD ialah Google Adsense, Bidvester dan sebagainya.

Aku dulu mula-mula berblogging pilihan utama pengiklan aku ialah Nuffnang. Tapi nak kumpulkan duit tu, lambat sangat. Apatah lagi kekerapan nak dapat CPUV cukup payah.

Aku pun tukar kepada Bidvester yang membayar dalam nilai USD dan paling penting tiada syarat kemasukan.

Kemudian advance sikit, aku join Google Adsense sehingga sekarang.

Kesimpulannya blogger tak kena apa-apa impak akibat kejatuhan RM. Sebab tu ada blogger boleh melancong luar negeri...hihihihihi.
Aku macam ni juga...memang ler pakai USD semua iklan aku cuma yang masuk tak sehebat jatuh nilai RM....hahahaha.

No comments: