Daging Mereput Akibat Pembedahan Plastik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Daging Mereput Akibat Pembedahan Plastik

Daging Mereput Akibat Pembedahan Plastik

Bekas ratu cantik Brazil yang sebelum ini dikejarkan ke hospital kerana paha mereput dek pembedahan plastik, dikejarkan ke hospital selepas punggungnya menunjukkan komplikasi sama.

Andressa Urach, 27, berada dalam unit jagaan rapi selepas implan di bahagian punggungnya dijangkiti kuman.

Menurut Dailymail, satu pembedahan kecemasan dijalankan untuk mengeluarkan cecair dari punggung kiri Urach.

Pada Januari lepas, Urach menjalani beberapa pembedahan selepas daging dan otot paha mereput disebabkan jangkitan kuman.

Bekas ratu cantik dari Brazil terpaksa bertarung nyawa dan menanggung derita sepanjang hayat hanya kerana untuk kelihatan cantik.

Andressa Urach, 27, mengakui apa yang berlaku telah mengubah hidupnya, sekaligus memberikan pengajaran paling pahit untuk dikenang sepanjang masa.

“Saya ketagihan pembedahan plastik.

Pada masa itu, saya hanya mahu orang lain memandang saya dengan penuh rasa cemburu,” katanya seperti yang dipetik menerusi Mail.Online.

Menurut Urach, keinginan yang begitu tinggi untuk mencantikkan lagi pehanya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjalankan rawatan kaedah menyuntik pehanya dengan (filler) bahan kimia, hidrogel dan polymethylmetacrylate (PMMA).

Namun bentuk peha yang diidamkan tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan bahan kimia yang disuntik ke dalam paha mula mereputkan tisu kulitnya. “Rawatan kecantikan yang dijalankan mula mereput dan memakan tisu peha saya.

No comments: