Homemade Kek Asam Manis Taiping - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Homemade Kek Asam Manis Taiping

Homemade Kek Asam Manis Taiping

Hari ini adalah hari terakhir aku di Taiping dan sebelum balik kakak aku sempat buat kuih terkenal dia iaitu Kek Asam Manis yang memang awesome.

Orang Melaka banyak order kuih dia ini dan mak aku jadi mangsa keadaan bawa balik ke Melaka..hehehehe.

Kakak aku ini sebenarnya adalah pengedar dan membuat kek-kek untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi dan sebagainya di Taiping,Perak. Beliau juga ada buat cup cakes dan Kek di atas iaitu Kek Asam Manis.

Secara peribadi aku memang suka makan Kek Asam Manis beliau ini...Nak buat bukan senang tapi jika jiwa kau dah minat memasak, apa pun nampak senang kan.

Kalau kasi aku memang aku campak jer kuali tu...nak susun satu-satu ikut aturannya..hummmm.
Kek Asam Manis kakak aku ini jual dalam bekas plastik dengan berat 500 gram dan setiap bekas plastik dijual dengan harga RM12.

Tapi kalau nak saiz besar atau loyang kena telepon ler.... Tapi aku lebih suka kalau dalam bekas kecil sikit sebab kalau nak kasi orang pun nampak cantik. Kalau orang order pun senang nak hantar...

Jika nak hubungi kakak aku yang mengedar di Taiping dan kalau orang Taiping boleh call ajer. Kakak aku tinggal kat Kamunting..

Kalau urgent kek pun dia boleh buat, ada sekali itu ada pelanggan call dari KL dan dia nak surprise mak dia tinggal kat Taiping. Suruh kakak aku buat kek dan hantar ke sana..Memang best..
Tapi duit kena bank in lerrr..

Lupa lak nama kakak aku Idzura Idrus atau panggil Zura.

Kalau nak order boleh call atau what apss atau FB seperti dibawah:
Sila SMS atau hubungi beliau ke nombor 012-5399047 
Atau pergi Facebook saya iaitu: Idzura Idrus Home Cakes
untuk mesej saya atau melihat koleksi kami yang lain.

Homemade Kek Asam Manis Taiping
Menyelerakan Sekali Pandang



Homemade Kek Asam Manis Taiping
Bekas plastik yang aku rekomen



No comments: