Kaki Wayang: Kingsman The Secret Service - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang: Kingsman The Secret Service

Kingsman The Secret Service


Agak lambat aku tonton filem meletup ini kerana sibuk dan hari ini atas paksaan wife aku dapat juga aku lihat filem ini.

Sebuah filem yang menarik dan ranking aku boleh berikan 4/5. Ia mengisahkan bagaimana seorang budak lelaki telah menjalani latihan untuk menjadi ejen rahsia Kingsman.

Pada masa yang sama ada penjahat yang ingin membunuh berjuta manusia melalui sim card yang boleh mengeluarkan frekuensi celarukan otak manusia.

Dan seperti biasa hero akan selamatkan keadaan pada saat-saat akhir.
Apa yang menarik tentang filem ini bagaimana mereka dilatih menjadi ejen dan semangat setiakawan yang tinggi. Aksi-aksi yang diperlihatkan juga amat menari tetapi aku pernah melihat yang lagi menarik.

Namun aku faham permulaan sesuatu filem baru dalam merungkai apa itu Kingsman memang kurang sikit asi-aksinya. Lainlah kalau Kingsman ada sekuan kedua, baru banyak aksi-aksi hebat. Kita nantikan!!

Kenapa ia mendapat 4/5 kerana lawak di akhir episod semasa hero nak selamatkan dunia ini. Lawak ini adalah lawak biasa yang ditunjukkan di filem-filem.

Dan aku tak menjangkakan ia akan menjadi lawak pula akhir cerita sebab dari mula hingga hampir penghujung cerita ini serius...hemmm


1 comment:

Nik Khazami Nik Aziz said...

ramai juga yg bagi review positif tentang filem ni. belum ada kesempatan utk tgk lagi