Header Ads

Kerapu Bernilai RM10,000

Kerapu Bernilai RM10,000
Ada orang sanggup perabih beribu ringgit nak beli ikan.Kali ini harganya RM10,000!!!

Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.

Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.

Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.

“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.

“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

1 comment

MG schmidt said...

wow!
rich man ..hihi