Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Hari ini aku pergi makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Walau pun jarak Kamunting ke Kuala Sepetang lebih kurang 23km dan menggunakan Waze yang kejap-kejap GPS tak dapat namun kami berjaya juga tiba di Mee Udang Mak Jah.

Mee Udang Mak Jah ini aku dengar terlalu hebat masakannya dan ramai mengatakan kalau ke Perak adalah wajib pergi makan di Mee Udang Mak Jah.

Setibanya disana mak dan wife aku order Mee Udang tapi aku order nasi goreng kampung ajer sebab aku tak berapa suka udang..ehhehehehe.

Tapi aku ada cuba juga Mee Udang Mak Jah dan aku boleh katakan ianya sedap tapi sedapnya adalah tak sehebat namanya yang bermain di bibir mulut orang ramai.

Itu pendapat peribadi aku tapi servis memang tip top dan cepat. Pekerjanya agak ramai dan lengkap berpakaian seragam. Memang ada class Mee Udang Mak Jah ini.

Minumannya pun sodap terutama bila aku order air epal dengan asam boi..Memang marvelos!!!
Kalau nak pergi kedai Mee Udang Mak Jah tak susah, hanya pakai GPS..hahahhaha

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Harga Mee Udang Mak Jah ini sepinggan RM13.




Share:

0 comments