Milo Tiruan Jadi Viral - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Milo Tiruan Jadi Viral

Milo Tiruan Jadi Viral

Pada zaman sekarang ni, manusia sanggup lakukan apa sahaja janji duit masuk. Di China lagi teruk, buat telur tiruan dan macam-macam lagi. Dan kini ia menular ke negara kita, dimana tempoh hari ada Milo Tiruan.

Itu yang kita tahu, bagaimana dengan makanan yang lain. Sememang pihak berkuasa tidak dapat memantau semua penipuan produk makanan ini tetapi mereka yang membuat produk tiruan ini tidak fikirkah bahawa mereka bermain dengan nyawa manusia dengan membuat produk makanan manusia.

Milo Malaysia memberitahu cara mudah untuk membezakan bungkusan Milo asli dengan bungkusan Milo palsu, semalam.

Pendedahan melalui laman Facebook 'Milo Malaysia' berkenaan memberitahu bahawa bungkusan plastik Milo asli dilakukan oleh mesin dan bahagian atas bungkusan tersebut tidak sempurna.

Pendedahan berkenaan juga menunjukkan bungkusan plastik Milo tiruan akan mempunyai bahagian atas mempunyai kesan gerigi yang sempurna.

Namun, pendedahan yang dibuat oleh Milo Malaysia menimbulkan persoalan selepas beberapa pelayar mempersoalkan kesempurnaan potongan yang dibuat oleh mesin pembungkusan produk Milo.

"Ini sangat mengelirukan. Maksud anda mesin (kepunyaan Milo) tidak memotong dengan sempurna? Jadi potongan tidak sempurna adalah (Milo) asli? Potongan sempurna pula adalah yang palsu? Anda pasti?" kata seorang pelayar, Iven Neoh.

"Sekarang saya tertanya jika Milo tin yang saya beli palsu (atau tidak). Saya tidak pernah beli Milo dalam beg (plastik). Ada sesiapa boleh beri saya maklumat?" kata Kimme Cheah.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Sabtu lepas.

1 comment:

Siti Rohaida Yusof said...

masih tidak pasti kebenarannya...risau jugak kalau dibeli tu tiruan