Peminta Sedekah Mahu Majalah Vogue Minta Maaf

Peminta Sdekah Mahu Majalah Vogue Minta Maaf

Seorang gelandangan di sini menuntut kenyataan maaf secara peribadi daripada pengarang majalah fesyen Vogue selepas wanita itu bertindak memuat naik gambarnya sedang membaca majalah elit tersebut di laman Instagram baru-baru ini.

Wanita gelandangan tersebut, Maryse Dumas, 65, menyifatkan tindakan pengarang yang juga merupakan kerabat diraja Jerman, Elisabeth von Thurn und Taxis, 32, itu sebagai mengaibkan dirinya.

“Tidak elok mempersendakan gelandangan seperti kami. Hidup melarat begini bukanlah satu gurauan. Lihat bagaimana saya dikelilingi sampah sarap. Kehidupan kami cukup sukar. Malam sangat sejuk dan kamu akan jatuh sakit sekiranya tidak cukup tidur,” katanya.

Peminta Sdekah Mahu Majalah Vogue Minta Maaf
Dumas berkata demikian sebagai mengulas sekeping gambar yang mencetuskan perdebatan hangat di internet selepas Taxis memuat naik gambarnya sedang membelek majalah itu sambil dikelilingi beg plastik, kotak kadbod dan beg pakaian.

Gambar itu ditulis dengan kapsyen: “Paris penuh kejutan... dan pembaca @vougue magazine berada di ceruk-ceruk yang tidak dijangka!”

Tidak tahan dikecam teruk oleh pengguna internet ekoran statusnya itu, Taxis memadam gambar tersebut dan membuat kenyataan maaf melalui akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam, Dumas menegaskan bahawa dia masih lagi tidak menerima permohonan maaf secara peribadi daripada puteri berkenaan.

Majalah fesyen Vogue merupakan salah sebuah majalah elit yang diterbitkan di lebih 20 buah negara dengan jutaan naskhah dicetak sebulan

Share:

1 comments