Seoul Garden The Shore Malacca - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Seoul Garden The Shore Malacca

Seoul Garden The Shore Malacca
Asyik makan sampai lupa gambar diambil..hehehe

Semalam company aku ada buat makan-makan di Seoul Garden di The Shore Malacca.
Walau pun aku orang Melaka tapi buat pertama kali aku masuk ke komplek membeli belah The Shore Melaka ini.

Melaka sekarang ini terlalu banyak komplek membeli belah hingga aku tak terlangkau ke ke komplek membeli belah baru ini...hehehehe.
Seoul Garden The Shore Malacca

Dalam di The Shore tu dia terletak Seoul Garden iaitu Steamboat Korean Style.

Seoul Garden The Shore MalaccaIanya buffet steamboat yang mempunyai pelbagai pilihan yang mengasyikkan...hehehehe.

Memang banyak betul pilihan yang diberikan hingga aku tak tahu nak makan, ada ayam, ada sotong , ada kambing dan pelbagai sayuran yang disediakan.

Kalau rasa nak makan nasi pun ada juga, tapi rugilah kalau makan steamboat buffet makan nasi. Cepat kenyang dan tak ler merasa makanan-makanan lain.

Gambar sebelah menceritakan segala-galanya bagaimana kami menyusun makanan yang ada di Seoul Garden.

Kami pilih kuah Tomyam sebab kalau steamboat pekena Tomyam memang awesome.

Aku memang cadangkan kalau nak makan steamboat boleh makan di sini ler. Harganya pun tak mahal sangat.

Cuma ia terletak dalam komplek membeli belah so kalau ak ikutkan budaya Malaysia memang suka makan tempat terbuka macam di Api-Api Steamboat.

Apa yang pasti  malam itu kami makan free, boss belanja makan. Jangan banyak komplen, kerja kita telan sebanyak yang mungkin...hahahahaha.

Seoul Garden The Shore Malacca
Kat belakang tu ler boss-boss yang belanja makan. Thanks boss


2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

macam menarik jer ni?

ezyra daniel said...

alahaii sedap je tengok ... teringin nak makan sana juga