Header Ads

Waze GPS Penyelamatku


Apa itu Waze? Ia merupakan satu app navigasi dan trafik serta sudah menjadi komuniti terbesar di dunia dimana para pemandu berkongsi maklumat di atas jalan raya dalam real time. Pengguna app ini boleh menyumbang secara aktif di atas jalan raya dengan berkongsi maklumat seperti kemalangan, sekatan polis, keadaan berbahaya atas jalan atau memberikan alert kepada pengguna lain.

Ia bergantung kepada komuniti 100%, jadi lebih ramai pengguna Waze terutama di Malaysia akan menjadikan komuniti trafik di sini lebih besar dan mendapat maklumat trafik berguna.

Dan sememangnya Waze telah menyelamatkan aku dalam banyak keadaan. Pertama kali guna ialah semasa nak pergi majlis perkahwinan di Johor Bahru dan Waze telah bawa aku depan khemah Majlis Perkahwinan tersebut. Hebat!!

Kedua baru-baru ini aku pergi ke Taiping melawat kakak aku dan melalui alamat rumah yang kakak aku kasi, aku berjaya sampai ke depan rumah dia tanpa perlu kakak aku menjemput aku.

Selain itu aku berjalan-jalan ke Taiping dan Penang semuanya menggunakan Waze dan ia telah menjadi penyelamatku!!!!

Namun Waze ini amat memerlukan GPS dan ada ketika GPS aku tak berfungsi atau  lost channel buat kami sesat 2 jam jugak..hehehehehe. Selain itu ia menggunakan data internet yang amat besar, nasib baik aku dah top up 6GB bulanan internet di smartphone aku. Dan yang pasti ia kuat makan bateri, pastikan ada ada bawa bekal power bank yang baik punya.

Namun ada rakan aku rekeman guna Papago yang boleh guna offline....

Walau apapun aku berterima kasih pada Waze

No comments