Apa Itu Taubat

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran yg tidak terhingga kita rafaqkan kpd Allah SWT krn dgn limpah kurnia, taufiq dan hidayah serta rahmat dpd-Nya dapat kita meneruskn kehidupan pada hari ini. Selawat dn salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yg telah diutus Allah utk memberikan rahmat kpd sekalian alam.
Perkongsian ilmu pada hari ini ialah pembicaraan tentang ketaatan batin ( ibadah di dlm hati) iaitu "Taubat" seseorang hamba terhadap Khaliqnya.
Menurut Imam al-Ghazali rahimahullahu ta'ala taubat itu permulaan jalan bg salikin (org yg berjalan menuju kpd Allah ta'ala) dan taubat itu ialah anak kunci bg kemenangan seseorang hamba krn sangat dikasihi oleh Allah SWT. Firman Allah ta'ala :
"Bahawasanya Allah ta'ala itu kasih Ia akan org yg banyak taubatnya, dan kasih Ia akan org yg bersuci dpd dosa"
(Al-Baqarah : 222)
Taubat itu wajib ke atas kita yg pasti dn penuh dgn maksiat (kita bukan ma'ksum) dgn dalil quran, hadith nabi saw dan ijmak ulamak spt firman Allah ta'ala :
"Taubat oleh kamu sekalian kpd Allah ta'ala wahai sekalian org yg mukmin, mudah2an kamu mendapat kemenangan"
(An-Nur : 31)
Syarat taubat itu ada 3 perkara :
1. Meninggalkan maksiat (zahir dn batin)
2. Menyesal atas perbuatannya itu.
3. Berazam tdk akan melakukannya lagi.
Dan jika kita ada melakukn kesalahan sesama manusia, kita perlu meminta ampun dan maaf dpd mrk terlebih dahulu.
Cukup sekadar itu, mudah2an memberikn manfaat kpd kita semua. Sekian.
Wallahu'alam.
(Rujukan : Kitab Hidayatus-salikin " Petunjuk Jalan bg Orang yg Takut kpd Allah Taala")

Tags:

Share:

1 comments