Atasi Peniaga Tamak Ambil Kesempatan GST - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Atasi Peniaga Tamak Ambil Kesempatan GST

Atasi Peniaga Tamak Ambil Kesempatan GST

Situasi Kejadian:
Baru sekejap tadi beli brg di hardware. Jumlah belian RM108. Taukeh kedai minta tambahan 6% utk GST bersamaan rm6.48.

Keseluruhannya sy kena byr Rm114.48 sen. Kemudian sy minta resit yg diiktiraf oleh kerajaan yg menyatakan kedainya boleh mengenakan GST. Dia jawab sistem petang ini baru ada. Saya beritahu, U boleh kutip GST, tapi U punya sistem mesti sudah sedia.

Sekiranya U kutip GST tanpa ada resit yg diiktiraf, u dah  salah ni.... u boleh didenda Rm200k jika ada org report.... pastu taukeh tu tak jadilah Kutip GST dari sy... Pastikan jika mereka kenakan GST, syarikat mereka telah berdaftar.

Inilah kesan buruk GST dan kerajaan telah pun menjangka perkara sebegini akan berlaku.
Bagaimana untuk mengesan kedai penipu dan tamak GST ini.
Pastikan resit anda ada nombor berdaftar akaun GST di kepala resit. Ada yang tulis...
1. GST ID:
2. GST NO:
3. GST Reg No:

Kalau takde, itu maknanya kedai tu tipu. Dia tidak ada akaun GST tapi kenakan GST 6% lepas tu masuk poket sendiri. Kalau tulis tangan tak boleh pakai, Semua resit mesti print dari system GST.
Sentiasa pastikan hak kita terjaga dengan memahami apa itu GST. Dah lah kena bayar lebih.....kena tipu kagi...kikikiki.

Tak perlu lagi kita menghentam kerajaan sebab GST ini. Pelaksanaan telah pun berjalan dan kini fikirkan bagaimana minimumkan impak dengan pelaksanaan GST ini.
Kalau tak suka jangan duduk Malaysia..pergi Indonesia...GST dia pun hanya 16%....

No comments: