Header Ads

Had Pengeluaran KWSP 60 Tahun Mengarut

Had Pengeluaran KWSP 60 Tahun Mengarut

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyelar golongan yang menentang kenaikan had umur kelayakan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 60 tahun.

Minggu lepas, KWSP dilaporkan sedia mempertimbangkan penyelarasan had pengeluaran simpanan kepada umur 60 tahun berbanding 55 tahun ketika ini yang mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak.

Di atas adalah isu panas mengenai perancangan atau cadangan menaikkan had pengeluaran simpanan dari 55 tahun ke 60 tahun. Pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perancangan ini.

Bagi aku perancangan ini mengarut sebab ia adalah milik kami. Buat apa nak dilanjutkan usia untuk kami merasa titik peluh kami. Takkan kami tak tahu mengurus kewangan kami sendiri....

“Jika KWSP tidak mewajibkan anda menyimpan 11 % daripada gaji setiap tahun dan memaksa majikan mencarum sebanyak 15 peratus lagi, mungkin anda tidak mempunyai wang langsung dalam KWSP atau dalam bentuk simpanan lain untuk hari tua anda.

“Anda fikir anda boleh bergantung pada anak? Tunggulah selama-lamanya. Anak anda sendiri tidak dapat menjaga diri mereka sendiri,” kata Lo.

Had Pengeluaran KWSP 60 Tahun Mengarut
Fuhh!!! Statement yang tak ada insuran dari setiausaha MTUC Sarawak, Andrew Lo...hehehehee. Pada umur 55 tahun kebanyakan hutang kami semua dah habis.

Dalam usia ini, dengan wang yang ada kami boleh gunakan dengan melabur dalam simpanan tetap yang menjamin pulangan wang tahunan. Pelbagai cara kami boleh gunakan dalam menambah jumlah wang untuk bekalan hari tua kami dengan wang KWSP.

Lagi pun takkan kami nak kerja sampai 60 tahun....hehehehehe. Kerja kilang sebagai technician apabila umur dah meningkat 60 tahun mampukah kau panjat mesin tu...

Tah-tah umur 50 tahun syarikat kasi kau kerja dah kira bagus!!! Lainlah kau kerja dalam bidang perkhidmatan dan duduk dalam pejabat, kalau keluar duit umur 60 tahun aku rasa tak der masalah.

Had Pengeluaran KWSP 60 Tahun Mengarut
Apabila membuat sesuatu cadangan itu fikirkan keseluruhan pekerjaan mereka semua ini.

Memanglah kerajaan menaikkan had umur kerja hingga 60 tahun tapi persoalannya adakah segelintir pekerja yang membuat kerja-kerja berat ini mampu bertahan sehingga 60 tahun.

Inilah masalahnya kalau pembuat keputusan duduk di kerusi empuk dan kemudian marah apabila ada orang menentang anda.

Tolonglah kami sebagai rakyat marhaen ini yang dah penat diperah tenaga dan wang kami. Hidup seharian semakin lama semakin mencabar.

16 tahun kerja bukannya tambah kaya tapi tambah miskin dengan pelbagi karenah dan kenaikan harga barangan dan segalanya.

Biarlah kami merasa penat lelah kami ini, kami takut tak sempat nak merasa duit kami ni. Ini sahaja yang kami ada, takkan itu pun nak di tahan....

Dulu kata takkkan kacau had umur 55 tahun tiba-tiba keluar pula isu ini. inikah dinamakan janji ditepati.

Nasihat  terakhir kami ialah buat beberapa opsyen untuk kami pilih. Mungkin umur 55 tahun boleh keluarkan 50% wang KWSP  akaun 1 dan 60 tahun keluarkan semua, kalau nak sangat KWSP rolling duit kami lerrr...hehehehehe.

Ini tidak, buat keputusan sesuka hati dan keluarkan statement umur 60 tahun boleh keluar duit ,,,,pehhhh..macam kami tak der hak pula...pelik ler kau orang ini.

No comments