Kaki Wayang: The Avenger Age Of Ultron

The Avenger Age Of Ultron

Semalam tengok filem terbaru The Avenger iaitu The Avenger : Age Of Ultron. Terperanjat lak rupanya ia dalam kategori P13 bermaksud anak aku boleh tengok !!!! Selalunya filem aksi ini P18 dan memang budak-budak tak boleh masuk..

Sebelum menonton filem ini kami bergambar dulu ler depan poster The Avenger...hehehehehe.

Rating filem ini aku berikan 4/5 sahaja, itu pun sebab markah kasihan...ahaks. Sebabnya kalau aku bandingkan dengan filem pertama The Avenger ianya 6 kali lebih baik!!!

Filem The Avenger : Age Of Ultron kali ini aksi dia memang best tapi pengisian aksi dia agak lemah. Yang terbaik aku lihat ialah semasa Iron Man berlawan dengan Hulk di bandar. Memang teruk bangunan tu hancur dia kerjakan.

Selain itu aksi-aksi lain  taklah seberapa hebat sangat..

Permainan perasaan The Avenger : Age Of Ultron asyik tertumpu pada Iron Man (Stark) yang mahu mencipta dunia yang sempurna serta percintaan Hulk dan Natalie ( Black Widow) . Itu pun agak bercelaru.

Jangan salah faham pula, filem The Avenger : Age Of Ultron ini memang best cuma namanya The Avenger ianya mempunyai banyak kekurangan. Lainlah kalau tajuk filem ini bukan The Avenger, pasti aku berikan rating 5/5.

Sebab itu ia dalam kategori P13 sebab aksi dia agak lembut dan ia juga mempunyai pengajaran yang baik.


The Avenger Age Of Ultron

Share:

0 comments