Kaki Wayang: Fast And Furious 7 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang: Fast And Furious 7

Fast And Furious 7

Fast And Furious 7 Kaki Wayang kali ini menonton filem terhebat dalan tahun ini iaitu sebuah filem kesinambungan legasi Fast And Furious and Tokyo Drift.

Tapi kali ini pelakon watak jahat adalah pelakon kegemaran aku iaitu hero Transporter iaitu Jason Statnam yang membalas dendam atas kejadian yang menimpa adiknya dalam episod Fast And Furious 6 dahulu. Dimana beliau telah membunuh rakan Toretto iaitu Han tapi bukan Hanif yek..heheheh

Ranking yang boleh aku berikan pada Fast And Furious 7 ialah 5/5, memang agak melampau ranking yang aku berikan tapi mengikut pandangan aku ia wajar diberikan ranking tertinggi kerana aksinya yang terhebat serta mempunyai pengajaran dan kasih sayang dalam filem ini.

Aksi yang terhebat ialah :
a) Kereta terjun dari kapal terbang....Memang dahsyat giler,,,
b) Kejar mengejar kereta dalam hutan
c) Kejar mengejar dron dengan kereta
d) Kereta melompat melintasi tingkap 3 bangunan.
e) Pergaduhan Letty dengan mak guard Abu Dhabi, The
e) dll

Dan cinta pula antara Toretto dan Letty yang hilang ingatan pada Fast And Furious 6 dahulu. Memang mengasyikkan kemachoan Toretto serta diseling-seli  dengan cinta.

Yang frust aku lihat ialah paparan Abu Dhabi iaitu sebuah negara Islam yang begitu sosial dimana mandi dipantai hanya berpakaian bikini dibenarkan serta parti-parti liar di Abu Dhabi yang cuba ditonjolkan dengan keterbukaan seksual dan paling sedih ada terselit mamat Arab berpakaian Arab lak tu..hummm..

Dan pada akhir cerita Fast And Furious 7 ini memang cukup simbolik ketika kereta Toretto dan Brian berpecah kepada 2 lorong seolah-olah mengingati kematian pelakon Paul Walker.

Fast And Furious 7


No comments: