Kesilapan Banggang Dalam Fotografi

Kesilapan Banggang Dalam Fotografi
Salam satu blogger. Hari ini aku membuat satu kesilapan paling banggang dan tidak patut berlaku pada pada seorang fotografer.

Hari ini aku datang awal ke majlis perkahwinan sepupu aku semata-mata nak meluahkan excited dah lama tak ambil gambar perkahwinan.

Apabila tiba waktu bersanding, aku pun keluarkan kamera aku dan mulalah mengetik. Post-post yang aku ambil memang ngam sebab aku ikut belakang kameraman majlis perkahwinan tu..hehehehe.

Masa aku sedang mengetik, tiba-tiba aku lihat kat LCD tu tertulis 'no card". Punyalah terperanjat aku rupanya aku lupa nak masukkan balik memori kad kamera aku yang aku letak kat PC rumah aku.

Aku sebenarnya ada 3 memori cad tetapi aku letak kat bag lain pula. Punyalah frust aku dan terus aku masukkan kamera aku ke dalam bag dan keluarkan handphone dan mula mengambil gambar dengan hati yang amat sakit hati terhadap diri sendiri....hihihihihi.

Inilah kesilapan yang paling tak wajar dilakukan oleh seoramg fotografer.

Aku juga pernah buat  satu lagi kesilapan dalam bidang fotografi iaitu lupa nak bawa charger kamera masa pergi ke Langkawi. Rupa-rupanya setelah balik ke rumah, charger tu kat belakang zip bag kamera....huhuhuhuh.

Gambar kat atas tu aku ambil pakai handphone sambil touch dengan edit...huhuhuhuh.
Aku memang cukup sedih sekarang ini....

Share:

3 comments