Mydin Kenakan GST? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Mydin Kenakan GST?

Mydin Kenakan GST?


Mydin kata tak kenakan GST tapi tempoh hari ( 2 April 2015)aku dan wife aku beli barang di Mydin Melaka bila tengok resit macam kena GST.

Kalau lihat gambar di atas kita boleh lihat harga asal ialah RM70.14 dan bila dicampur GST ia berjumlah RM74.35.

Dan jumlah kami kena bayar ialah RM74.35, ianya disahkan jumlah baki yang dibayar kepada wife aku..huhuhuhuhu.

Aku memeriksa resit ini berulang-ulang kali dan rasanya memang betul aku kena GST.
Aku memerlukan pencerahan dari pihak Mydin yang kata tidak akan kenakan GST kan?

Mungkin ada kesilapan dalam sistem kaunter kat Mydin hingga berlaku kesilapan begini. Aku sebenarnya masih tak faham GST ini..hehehehehhee.

So kalau aku nak kata Mydin kenakan aku GST takut lak tersalah kata...hahahahahaha.
Sebab itu aku memerlukan pencerahan dari Mydin .

Mydin Kenakan GST?



3 comments:

Anonymous said...

Mydin sebenarnya tidak kenakan GST.
Harga yang dipaparkan pada resit Encik itu adalah sama dengan harga pembelian sebelum bermula perlaksanaan GST. In bermaksud pembelian sebelum 1 April dan selepas 1 April adalah sama. Pihak Maydin terpaksa memaparkan cukai GST pada resit kerana ini adalah peraturan yang telah ditetapkan dan juga sebagai rujukan pihak Maydin.

Hanif Idrus said...

Saya faham tetapi kenapa saya dicaj gst...
Kalau ditolak GST sudah tentu saya tidak dikenakan bayaran GST tersebut

Mat Remos said...

GST ni makin memeningkan huhu