Pengantin Paling Tua Di Dunia

Pengantin Paling Tua Di Dunia
Sepasang kekasih di sini yang akan melangsungkan perkahwinan pada Jun ini bakal diiktiraf sebagai pengantin tertua di dunia.

Pengantin Paling Tua Di Dunia
Pasangan itu, George Kirby, 103, dan kekasihnya, Doreen Luckie, 91, akan mendirikan rumah tangga pada 13 Jun ini selepas bercinta selama 27 tahun.

Kirby dan Luckie akan berkahwin di Hotel Langham yang terletak di Eastbourne, Sussex Timur, England.

Menurut Luckie, dia terkejut apabila mengetahui mereka bakal mencatat rekod kerana menjadi pasangan pengantin yang tertua di dunia.

“Kami tidak sangka bakal diiktiraf sebagai pengantin tertua di dunia memandangkan masih ramai yang berkahwin pada usia 90 tahun,” katanya.

Pengantin Paling Tua Di Dunia

Share:

0 comments