Resit Pembayaran Mydin Papar Kos GST - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Resit Pembayaran Mydin Papar Kos GST

Resit Pembayaran Mydin Papar Kos  GST

Resit-resit pembayaran di Pasaraya Besar Mydin yang memaparkan perkataan “Total sales excluding GST” dan “Total sales including GST” hanya menunjukkan bahawa pasaraya itu telah mematuhi tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan dalam aspek perundangan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Amer Ali Mydin yang dihubungi Astro AWANI berkata, “penting untuk kita faham yang Mydin sememangnya bersungguh-sungguh dengan kempen tidak naik harga dan anda sebenarnya membayar harga yang sama pada 31 Mac untuk sesuatu barang selepas 1 April.

"Katanya lagi, perkara penting yang perlu difahami oleh pengguna ialah Mydin merupakan syarikat pasaraya terbesar di negara ini yang tidak mempunyai hasrat untuk menipu orang ramai.

Beliau juga berkata, jikalau sesuatu barang di tag harga atau resit tertera huruf “Z” bermakna barang tersebut ialah ‘zero-rated’ (kadar sifar GST) dan sekiranya tertera huruf “S” bermaksud barang tersebut dikenakan enam peratus cukai GST.“Namun, kos enam peratus itu akan diserap oleh syarikat kami,” jelas beliau lagi.Syarikat Mydin berkata kebimbangan di kalangan pengguna hanya menunjukkan mereka masih belum memahami sepenuhnya pelaksanaan GST.

'Kempen gerenti semua Mydin tanggung, harga tak naik' merupakan satu kempen yang telah dilancarkan oleh syarikat Mydin menjelang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) .Dengan slogan 'Mengapa Bayar Lebih', inisiatif yang dimulakan Mydin Mohamed Holdings Berhad ini menjanjikan pengguna harga barangan di pasar raya mereka kekal sama selepas pelaksanaan GST.

Walau bagaimanapun, setelah pelaksanaan GST bermula hari ini, beberapa pengguna telah mengutarakan beberapa persoalan mereka kepada  Astro AWANI termasuk tentang kemusykilan mereka selepas membeli barang di Mydin.Ada yang menganggap kempen terbabit tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini setelah melihat tertera caj GST pada resit.

No comments: