Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri

Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri

Selamat Hari Jadi Untuk Aku pada 17.04.2015. Dah makin tua rasanya...badan dah mula rasa bisa-bisa. Buat kerja berat dah semput-semput...hehehehehe.

Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri
Terasa tua  lihat anak-anak dah semakin membesar. Bila lihat anak perempuan aku yang semakin membesar, aku jadi takut pula melihat ia menjadi anak dara.

Bukan senang nak kawal anak gadis pingitan ini. Bila membaca di dada akhbar, peel remaja membuat aku semakin takut...huhuhuhu.

Tapi yang bestnya bila dah tua, suami isteri dah kurang bergaduh. Dulu masa mula-mula kahwin dan muda, asyik bergaduh ajer.

Dan apabila perkahwinan semakin matang, kami dah semakin memahami dan masam-masam muka dah kurang. Kalau merajuk pun tak sampai 2 minggu macam masa muda dulu-dulu..hehehehehe.

Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri
Pelbagai pengalaman dalam kehidupan ini membentuk diri aku hingga sekarang ini.

Aku bersyukur Allah masih lanjutkan usia aku ini untuk aku memperbaiki diri ini dan melihat anak-anak membesar.

Akhir kata Selamat hari Jadi Untuk Aku...


Share:

1 comments