Header Ads

Video Kucing Cakar Ayah Pukul Bayi


Tindakan berani seekor kucing telah menyelamatkan seorang bayi daripada ‘didera’ dengan mencakar beberapa kali tangan bapanya.

Kucing hitam itu menunjukkan sifat keibuannya apabila mendengar lelaki itu memukul-mukul dengan kuat tempat duduk kereta bayi dan menjerit ‘bayi nakal’.

Selepas beberapa kali melompat ke arah bapa bayi itu, ia mengambil langkah drastik mencakar apabila tuannya tidak berhenti daripada terus ‘mendera’ bayi tersebut.

“Ia mencakar sehingga menyebabkan tangan saya terluka dan terus menyerang sehingga saya berhenti daripada melakukannya,” ujar lelaki itu.

Insiden tersebut adalah gurauan yang dirakam oleh pemilik kucing tersebut dan menjadi viral di laman sosial sehingga ditonton sehingga lebih 90,000 kali sejak dimuat naik ke YouTube empat hari lepas.

3 comments

kucen master said...

kucing ni memang penyayang

http://kucenmaster.blogspot.com/

mrhanafi BEST said...

tak baik juga buat prank dengan binatang..kasihan mereka..

TiranaAduka said...

Salam bro anep

erm......
aneka ragam dalam dunia ni...


p/s Maaf bro agak sibuk kini x dapat nak Bw selalu...