Drama Dia Isteri Luar Biasa Tiada Moral

Sekarang ni kebanyakan drama Melayu popular memang agak terbabas dari unsur-unsur moral.

Umpamanya marah ibubapa dengan selamba, tinggal sebumbung tanpa perkahwinan dam macam-macam ler.

Perbuatan tidak bermoral tersebut dianggap halal melalui garapan pengarah hingga isu halal haram dilupai dan dipesongkan tentang keagungan cinta.

Dan nasib tidak menyebelahi drama Dia Isteri Luar Biasa ditembak bertalu-talu kurang bermoral.

SETIAP kali drama terbaru muncul di kaca televisyen dan menjadi bualan ramai, pastinya ada soal kualiti dan moral yang dibangkitkan oleh sesetengah peminat dan drama terbaru 

Dia Isteri Luar Biasa tidak terkecuali dari menerima kritikan para penonton.Peminat yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita dan mesej yang ingin ditonjolkan dalam drama tersebut telah meluahkan isu berkaitan moral melalui ruangan komen di Instagram penerbit popular Ziela Jalil dan maklum balas yang diterima agak menarik.

Ziela Jalil yang mungkin terkesan dengan komen yang diberikan peminat tersebut menyarankan supaya mereka yang tidak bersetuju dengan apa yang ingin disampaikan supaya menonton program di stesen di televisyen lain kerana kini terdapat lebih banyak pilihan. 

Share:

1 comments