Lesen Memandu JPJ Berwajah Baru - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Lesen Memandu JPJ Berwajah Baru

Lesen Memandu JPJ Berwajah Baru

Tadi aku ambil lesen memandu setelah hampir sebulan mati!!! Aku betul-betul terlupa lesen memandu aku dah expired. Padahal aku tahu JPJ dah  perkenalkan lesen memandu expired ikut birthday tapi masih ada juga yang lupa...hehehehehe.

So tadi aku pun pergi kaunter POS Malaysia dan ambil untuk 3 tahun seklaigus.. Senang !!!

Tapi bila aku dapat lesen memandu yang baru ianya ada kelainan. Dulu kalau kita ambil lesen memandu, mereka akan laminated kertas lesen memandu dan kita akan mempunyai 2 lesen memandu.

Yang pertama ialah lesen yang mula-mula kita ambil dahulu, siap ada gambar masa muda kau dan satu lagi lesen terbaru yang di laminated tadi. Gambar lama tu memang aku tak suka tengok sebab tak senyum langsung...huhuhuhuhu.

Dan hari ini aku dapat kad bentuk baru , macam kad kita kerja di kilang. Nampak smart sikit lesen memandu jenis ini siap ada gambar lagi...

Tahniah JPJ berjaya menaik taraf mengikut teknologi !!!!!

Lesen Memandu JPJ Berwajah Baru
Lesen Memandu Desian Terbaru

No comments: