OPS WARTA - APA HAK ANDA.

Hari ini bermula Ops Warta yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sehingga 31/05/2015 bertujuan untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak.

Perkara ini timbul setiap tahun. Apabila diumumkan perlaksanaan operasi maka orang ramai didesak dan diugut menyelesaikan saman mereka yang tertunggak. Kerja mudah Polis, ugut bayar.
Ketua Bahagian Trafik Bukit Aman ada menyatakan seperti berikut :

"If you are stopped at a roadblock and we find out that you have an outstanding warrant, we will take action. Don’t be surprised if you are stopped at a roadblock and are placed under arrest,”

Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai yang membaca tulisan saya ini bahawa Polis tidak boleh sewenang-wenang menahan dan menangkap anda tanpa sebarang bukti kesalahan. Jika Polis mengatakan anda mempunyai waran tangkap, Polis hendaklah menyerahkan dan menerangkan atas kesalahan apa waran tangkap tersebut dikeluarkan ke atas anda.

Seksyen 41 Kanun Prosedur Jenayah dengan jelas menyatakan seperti berikut :
Seksyen 41 – Pemberitahuan isi waran.

Pegawai polis ataupun orang lain yang melaksanakan sesuatu waran tangkap hendaklah memberitahu isi waran itu kepada orang yang ditangkap itu dan jikalau dikehendakinya ditunjukkan waran itu ataupun salinannya yang ada tercatat meterai Mahkamah yang mengeluarkan waran itu.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ditangkap tanpa sebarang bukti kewujudan waran tangkap semasa tangkapan dibuat, anda boleh membuat laporan polis dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Polis atas tangkapan salah.

Oleh yang demikian, jika anda ditahan di mana-mana sekatan jalanraya semasa Ops Warta dijalankan dan anda dikatakan mempunyai waran tangkap, maka anda boleh mengambil tindakan berikut :-

a) Minta pegawai polis tersebut menunjukkan waran tangkap yang dikeluarkan atas nama anda. Polis perlu menunjukkan atau menyerahkan Waran Tangkap bukan sekadar menunjukkan senarai rekod yang ada dlm simpanan polis.
b) Minta pegawai Polis berkenaan menerangkan isi kandungan Waran Tangkap tersebut.
c) Mintak pegawai Polis berkenaan memaklumkan Mahkamah manakah yang mengeluarkan Waran Tangkap tersebut dan bilakah tarikh yang perlu anda menghadirkan diri ke Mahkamah.

Jika pegawai Polis tersebut gagal menjawab dan melakukan perkara-perkara di atas, anda tidak berhak ditahan dan ditangkap.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ditangkap tanpa sebarang bukti kewujudan waran tangkap semasa tangkapan dibuat, anda boleh membuat laporan polis dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Polis atas tangkapan salah.


Share:

2 comments