Teknik Mengawal Bola Cue Snooker

Bermain snooker ini merupakan salah satu aktiviti old school untuk orang macam aku ini..heheheh. Dule bukan ada gadget yang boleh kit apakai buat main game.

Salah satu aktiviti pada zaman kami ialah bermain snooker seawal unur 17 tahun. Bagaimana bermain snooker ini nampak macam senang tetapi realitinya memang sukar terutama kalau nak "plessing" bola yang kita nak!!

Untuk yang baru nak belajar main snooker, aku ada satu video dimana asas mengawal cue ball. Cue ball adalah:
Adalah bola yang digunakan sebagai bola utama atau bola yang berfungsi sebagai media penghubung antara stik billiard dengan object ball / bola target.

Perkara utama dalam bermain snooker ialah mengawal cue ball pergi ke arah yang kita nak. Dan selalunya memang tak jadi dan paling tragis cue ball kita masuk dalam "pocket"...hahahahaha. Memang jadi bahan kena kutuk lerrr...

Masalah kedua ialah , bola tonggeng depan mata pun tak masuk dalam "pocket". Ini disebabkan teknik grip dan "stance" kita tak cukup baik..Ini pun mempunyai teknik tertentu.

Jom kita lihat video bawah ini yang mengajar teknik kawal bola snooker yang dipanggil Stunt, Draw dan Follow.



Di bawah ini aku jumpa satu teknik bagaimana memastikan angle cue ball yang kita hendak aim pada object ball tepat.

Biasanya kalau kita main snooker, kalau kita aim angle cue ball kita akan lihat pada object ball. Sebenarnya itu salah!!!

Pada gambar dibawah ini menunjukkan, kalau kita dah set mana angle yang kita hendak ambil dari object ball. Maka kita harus setkan kedudukan cue ball ( garisan bulat putih) yang akan melanggar object ball tersebut iaitu titik merah pada gambar dibawah.

Tumpukan cue ball kita agar melalui titik merah tersebut bukannya tumpukan pada angle object ball!!!
Memang sukar  tapi percayalah teknik ini memang menjadi.


Teknik Mengawal Bola Cue Snooker


Akhir sekali bila dah pandai main snooker, tibalah masanya masanya bermain lucky ball...hehehehehe.
Lucky Ball ler yang merosakkan nama snooker kerana Lucky Ball ini di improvasi dengan unsur perjudian.
Janganlah kita menyalah guna kepndaian kita ke arah perjudian..Itu nasihat aku.

Share:

0 comments