Header Ads

Anak Bongsu Pemain Hoki Negara S.Kumar Meninggal Dunia

Anak Bongsu Pemain Hoki Negara S.Kumar Meninggal Dunia


Betapa gagah seorang ayah itu apabila terpaksa melihat anaknya pergi meninggalkannya terlebih dahulu, mereka mampu menitiskan airmata . Itulah kasih sayang seorang ayah yang luarannya hebat tetapi di dalamnya penuh kasih sayang terhadap keluarganya.

PENJAGA gol kebangsaan S. Kumar terpaksa menarik diri daripada menyertai kempen separuh akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di Belgium selepas menerima perkhabaran bahawa anak bongsunya, Harshenn, 3, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat jangkitan kuman.

Kumar kini sedang bersama skuad hoki negara di Belgium dan dalam perjalanan pulang ke tanah air bagi menghadiri upa­cara pengebumian anak lelaki­nya itu dan dijangka tiba esok.

Malaysia akan memulakan kempen mereka pada pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia esok.

Anak Bongsu Pemain Hoki Negara S.Kumar Meninggal Dunia
Harshenn yang meninggal dunia semalam, dimasukkan ke HKL kelmarin dan upacara pengebumian dijangka berlangsung esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) K. Logan Raj berkata, MHC merakamkan rasa sedih dan berharap penjaga gol skuad negara itu tabah menghadapinya.

“Segala urusan sedang dibuat untuk membawa Kumar pulang secepat mungkin. Kami akan memaklumkan kepada pihak media perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

“Saya dengan tulus hati meminta pihak media memberi ruang kepada Kumar dan isterinya ketika mereka berdepan saat yang amat sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Kumar menjelaskan, dia terkejut dengan berita tersebut dan akan segera pulang ke tanah air kerana keluarganya amat memerlukan kehadi­ran­nya.

Anak Bongsu Pemain Hoki Negara S.Kumar Meninggal Dunia
“Dia (Harshenn) dimasukkan ke hospital selama sehari dan menghidap demam panas dan muntah-muntah. Ini amat me­ngejutkan dan saya tidak akan kembali ke Belgium memandangkan keluarga saya amat memerlukan saya.

“Kami harap dapat mengetahui punca kematian selepas bedah siasat. Buat masa ini, saya tidak boleh berkata apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddin Othman dipanggil bagi mengisi kekosongan tersebut, manakala Roslan Jamaluddin dijangka menggalas pera­nan selaku penjaga gol utama dalam usaha Malaysia meraih tempat kelima terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil nanti.

Pada kempen di Antwerp, Belgium, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama tuan rumah, Belgium, Britain, Ireland dan China.

Kumpulan A pula terdiri daripada Australia, India, Pakistan, Perancis dan Poland.

No comments