Iesya Toh DiTaja Pakej Perkahwinan RM5Juta - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Iesya Toh DiTaja Pakej Perkahwinan RM5Juta

Iesya Toh DiTaja Pakej Perkahwinan RM5Juta

Pengacara Selamat Pagi 1Malaysia Iesya Toh, dengan suaminya ahli perniagaan Mohd Huzairee Muhamad telah mendapat penajaan perkahwinan mencecah RM5 juta.

Bagaimanapun, Iesya mengaku tiada niat untuk menunjuk-nunjuk apabila mengumumkan jumlah penajaan diperolehinya itu.

Iesya Toh DiTaja Pakej Perkahwinan RM5Juta
"Saya tidak minta semua itu. Apa yang diberikan adalah atas perbincangan bersama. Suami saya orangnya mudah.

“Kalau dia okay, saya pun okay. Tidak ada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk," katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahannya.

Ketika majlis akad nikah yang berlangsung Jumaat lalu, Iesya Toh memakai rantai yang harganya menyamai sebuah kereta Ferrari.

Manakala harga persalinan yang disarung mempelai pada majlis itu mencecah RM300,000.

Selain itu, Iesya Toh juga menerima insuran kesihatan dan simpanan bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinannya.

Iesya Toh DiTaja Pakej Perkahwinan RM5Juta
Menurutnya, secara keseluruhan majlis perkahwinan Iesya merangkumi majlis berinai, bersanding dan bertandang mendapat tajaan daripada 57 syarikat.

Dalam majlis pernikahan di Wisma Berita Angkasapuri, Iesya Toh menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000 beserta tujuh dulang hantaran manakala pihak Iesya membalas dengan sembilan dulang.

Iesya Toh dan Mohd Huzairee dinikahkan Imam 1 Masjid An Nur Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah berwakil walikan bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah.

Majlis persandingan telah berlangsung meriah di tempat sama pada Ahad.



Iesya Toh DiTaja Pakej Perkahwinan RM5Juta

1 comment:

Remy hazza said...

untung jadi retis nie......