Kapal Tangki Pula Hilang Jun 2015 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kapal Tangki Pula Hilang Jun 2015

Malaysia ini tak habis-habis rakyatnya di timpa satu persatu masalah nasional.

Kapal tangki berdaftar di negara ini, MT Orkim Harmony dilaporkan hilang sejak 11 Jun lalu.Kapal yang membawa muatan kira-kira 6,000 metrik petrol RON95 dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata, lokasi akhir kapal berkenaan dilaporkan terputus hubungan adalah pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili.

"Laporan kehilangan kapal itu diperoleh daripada syarikatnya, Orkim Ship Management Sdn Bhd pada 6 pagi Jumaat lalu iaitu selang 10 jam selepas terputus hubungan."Kapal berkenaan membawa 22 anak kapal iatu 16 tempatan, 5 warga Indonesia dan seorang Myanmar.

"Kami belum menerima sebarang maklumat berkaitan kedudukan kapal itu hingga kini dan operasi giat dijalankan," katanya.


No comments: