Header Ads

Pendekar Negara Selamat Dikebumikan

Pendekar Negara Selamat Dikebumikan
Jenazah Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju yang meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Jalan Desa Gombak 2 di sini petang tadi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Taman Sunway, Gombak dan dikebumikan pada pukul 3.45 petang.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain menyifatkan arwah bapanya sebagai seorang yang baik, penyayang dan sentiasa mengambil berat terhadap keluarganya.

"Walaupun arwah bapa merupakan seorang guru silat tetapi andaian orang mengatakan arwah seorang yang tegas, jujur saya katakan kami adik-beradik tidak pernah kena 'jentik' (pukul) atau dia meninggi suara kepada kami.

"Hanya dengan arwah memandang kami, kita tahu yang dia tidak suka perkara yang kita buat. Begitulah cara arwah mendidik kami semua sejak kecil lagi," katanya.

Pendekar Negara Selamat Dikebumikan

No comments