Header Ads

Sejarah Silat Lincah Malaysia

Sejarah Silat Lincah Malaysia

Datuk Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor, dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Kuala Lumpur. Sejak kecil lagi, Datuk Haji Omardin telah menghidapi penyakit polio atau lumpuh. Semasa berusia 18 tahun, beliau telah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar, Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari ‘Silat Tarah’, sebagai usaha mengubati penyakitnya.



Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tanda-tanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Datuk Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang.

Beliau terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau.

Semasa berusia 22 tahun, beliau telah dilantik menjadi Guru Muda silat berkenaan. Selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, beliau telah dilantik sebagai Mahaguru dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar silat berkenaan yang kemudiannya dikenali sebagai Silat Lincah.

Antara ujian yang beliau telah lalui untuk menjadi Mahaguru adalah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam. Upacara pertabalan Datuk Omardin sebagai Mahaguru dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar, Melaka.

Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain iaitu Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah, Syed Mohammed Al-Qadri dan Tuan Haji Salleh Patani.

Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk mengesahkan ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kini Pengasas Seni Silat Lincah Omardin Mauju Meninggal Dunia.

Butir-Butir Diri

Nama : Dato’ Haji Omardin bin Mauju DMPN, DSSA, DSPN
Tarikh lahir : 29 Mei 1941
No. K.P. (Baru) : 470529-10-5563. (Lama): 7688927.
Alamat : No. 5, Jalan Puah Off Jalan Gombak, 53000,
Kuala Lumpur.
Status : Berkahwin.
Nama Isteri : Datin Raja Azizah bt. Raja Ahmad Shah.
: Datin Norazian bt. Haji Abdul Rahman.

Bilangan Anak : 8 orang
Haji Megat Zulkarnain, Wan Zurina, Megat Khairul Anuar, Megat Ady Putera dan Putra Al
Farouk, Putra Al Faris, Putri Faradiba, Putri Farahana.

Pekerjaan : Pengerusi Syarikat.
Nama Pertubuhan : Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.
Taraf : Mahaguru Dan Pengasas.
: 1963 – Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia diasaskan di Kg. Puah, Selangor.
: 1969 – Didaftarkan sebagai Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.
: Keahlian Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 800,000 di Malaysia, 30,000 di Eropah.

Anugerah
: 27/3/1999 – Di Anugerahkan Darjah Kebesaran “Dato’ – Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah” (DSSA) oleh KDYMM Sultan Selangor.

: 24/3/2001 – Di Anugerahkan Gelaran Master 7 Dan, dari Persekutuan Taekwando Global Malaysia.

: 19/7/2002 – Di anugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato’ (DSPN) oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang.

: 19/7/2005 – Di anugerahkan Darjah Mulia Pangkuan Negeri yang membawa

Gelaran Dato’ (DMPN) Kelas Pertama oleh TYT Gebanor Negeri Pulau Pinang.




No comments