Terkini: 11 Maut Susulan Gempa Bumi Di Sabah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Terkini: 11 Maut Susulan Gempa Bumi Di Sabah

RANAU: Hanya enam mangsa lagi belum ditemui setakat jam 4 petang tadi dalam operasi mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi pagi semalam.

Ketua Polis Ranau, Deputi Superintendan Farhan Lee Abdullah, berkata seramai 11 mayat mangsa sudah ditemui hari ini dengan dua dibawa turun menerusi laluan darat, manakala sembilan lagi menggunakan helikopter dari Laban Rata.

Katanya, setakat jam 4.15 petang tadi dua mayat di Laban Rata berjaya diambil dan dibawa dengan helikopter ke pekan Kundasang untuk dihantar ke hospital.

Bagaimanapun, katanya, identiti semua mangsa belum dikenal pasti dan proses pengecaman akan dilakukan sebaik mayat sampai di tapak helipad pekan Kundasang atau Taman Kinabalu.

Pada sidang medianya sebentar tadi, beliau berkata, seramai 60 anggota penyelamat termasuk bomba, malim gunung, pasukan SMART, tentera, RELA dan JPAM terbabit dalam operasi berkenaan.

Farhan berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, identiti 17 mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Malaysia seramai enam orang, Singapura seramai lapan orang dan masing-masing seorang warga China, Filipina dan Jepun.

"Semua 11 mayat ditemui di kawasan berhampiran lokasi pendakian lasak via ferata di kilometer 6.5 selepas Laban Rata," katanya.

Keseluruhannya, 13 orang disahkan mati di Gunung Kinabalu susulan gempa bumi 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau semalam, dengan dua daripadanya sudah dibawa turun.

1 comment:

wan muliani said...

al fatihahh kpd smua yg terkobann..