Header Ads

Bazar Ramadhan Lebih Murah Makan Kedai

Bazar Ramadhan Lebih Murah Makan Kedai
RM50
Bazar Ramadhan Lebih Murah Makan Kedai
RM78

Bila bercerita tentang Bazar Ramadhan ini ramai yang bercerita jangan pergi ke Bazar Ramadhan sebab bila pergi memang perabih duit kau kerana pelbagai hidangan makanan mengusik perut yang lapar..hehehehe.

Oleh itu ramai mempunyai persepsi bazar Ramadhan adalah kawasan penarik wang saku anda. Tetapi persoalan sebenar berapa yang anda habiskan duit setiap kali anda pergi ke Bazar Ramadhan?

Aku secara peribadi paling maksimum aku habiskan duit ialah RM20-30 setiap kali ke Bazar Ramadhan. Itu paling kenyang ler dan paling membazir dengan lebihan lambakan makanan.

Tetapi sejak kebelakangan ini aku dan wife aku tukar selera makan kat kedai. Dengan lauk yang sederhana kos perbelanjaan kami dalam RM50 -70 jika pergi ke kedai makanan segera atau Western Food.

Kalau ke kedai biasa dengan standard nasi ayam, dan air mahu cecah RM20 gak. Tapi tak sekenyang RM20 kalau aku belanja di Bazar Ramadhan.

So persepsi kata Bazar Ramadhan mahal amatlah aku tak setuju. Tapi itulah persepsi masyarakat Malaysia, kalau makan kat kedai makan biasa, kena caj lebih sikit, mulalah kata mahal tetapi kalau makan 2 burger kat McD kena RM40, sonyap jer,,,,hehehehehe.

Tetapi bazar Ramadhan mahal kalau dibandingkan masak di rumah. Mestilah sebab semua bahan mentah. But, zaman sekarang ini suami isteri bekerja , adalah lebih baik jalan-jalan di Bazar Ramadhan.

Bungkus beberapa makanan dan lepas tu kit alonggok depan TV dan berbuka. Malah sempat sembahyang Terawih . Kalau makan kat kedai, dengan lepak-lepak memang tersasar lerrr...hehehehehe





1 comment

rosra raf said...

Betul tu. Beli kat pasar ramadhan rm20 memang xabis mkn pun. Tp mkn kt kdai rm20 pun tak lepas utk seorang. Mohon share
Sulianayusof.blogspot.com