Cubaan Laga DAP dan UMNO Ramadhan 2015 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Cubaan Laga DAP dan UMNO Ramadhan 2015

Politik Malaysia kini aku lihat semakin parah. Hingga aku merasakan tiada pemimpin yang layak memimpin Malaysia.

Negara ni belum layak menghadapi persaingan politik secara profesional seperti di US atau UK.

Apa nak jadi dengan negara ini...?
Politik pun tak berapa stabil...
Taraf hidup pun semakin terik...

Dan terkini ada pencetus cuba lagakan Melayu dengan DAP seperti dibawah ini.

Nasib baik P.Ramasamy cepat-cepat menidakkan melalui kenyataan gambar dibawah.

JOM BACA FITNAH INI.

DAP cabar seluruh orang Melayu ulangi 13 Mei, kata tidak takut Boikot Barangan Cina Dap ORI

1. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai, Pulau Pinang selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang telah mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua orang Melayu untuk membawa dan ulangi semula 13 Mei. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai seakan sengaja membangkitkan isu ini dibulan Ramadhan sewaktu orang Melayu berpuasa.

2. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai mengeluarkan kenyataan ini kerana tidak tahan dengan amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan: Insiden pergaduhan mungkin boleh berulang sekiranya perpaduan antara kaum tidak dijaga. Rakyat Malaysia secara umumnya tidak mahu melihat berulangnya maut pertempuran antara etnik -kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3. Akan tetapi P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai tidak mempedulikan nasihat dan amaran itu lalu terus mengeluarkan kenyataan secara terbuka:

4. MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) bersama semua orang Melayu di Malaysia mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah ia sekarang kepada DAP, kesemua kaum cina juga tidak takut. Jangan cakap sahaja tetapi tidak berani berperang. Setiap masa cakap pasal 13 Mei,13 Mei,13 Mei. Marilah cetuskan 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei. Anda fikir apa? Anda fikir DAP takut ah? -kata P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu sidang media hari ini.

5. Akan tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak pernah menyatakan secara jelas dan spesifik bahawa ianya adalah tarikh 13 Mei. Ini ada petikan kata kata Tan Sri Muhyiddin Yassin:

6. Oleh kerana itu, terdapat semua jenis andaian ketika hubungan etnik menjadi tegang dan tidak sihat. Ini boleh menyebabkan kejadian itu dan saya tidak mahu menyebut tarikh tertentu,  -kata Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

7. Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik tarikh 13 Mei sebelum ini dan ianya hanya perumpamaan yang dikeluarkan, tetapi P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai telah bertindak terus menyahut serta mencabar seluruh orang Melayu untuk ulangi 13 Mei 1969.

Semua orang Melayu yang baca ni harus CLICK SHARE supaya kita dapat berjaga jaga dalam masa terdekat. CLICK SHARE supaya sanak saudara kita di Pulau Pinang tahu akan hal ini dan mereka juga turut boleh bersedia. Sememangnya masa semakin hampir, setiap hari kita diprovok dan ditekan. Telah lama kita bersabar.

Sumber Bukti Cerita 1:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140707199452/politik/p-ramasamy-tidak-takut-13-mei-berulang.

Sumber Bukti Cerita 2:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-muhyiddins-may-13-caution-penang-dcm-says-bring-it

No comments: