Header Ads

Drama Aku Isteri Luar Biasa "Niat Halalkan Cara"

Drama Aku Isteri Luar Biasa "Niat Halalkan Cara"

Kasihan dengan Ziela Jalil kena hentam semenjak drama Aku Isteri Luar Biasa ditayangkan di Slot Akasia. Sebuah drama yang sepatutnya mempunyai 28 episod dipendekkan ke 26 episod sahaja. Gara-gara hentaman masyarakat terhadap jalan cerita serta unsur-unsur yang disampaikan tidak kena caranya.

Sebenarnya terdapat drama-drama yang lagi teruk, seperti anak memaki ibunya sesuka hati. Dan makian itu seolah-olah dibenarkan melalui jalan cerita tersebut dengan menonjolkan kejahatan ibunya yang suka menyokong. Terkejut juga mula-mula melihat episod cerita tersebut.

Namun Aku Isteri Luar Biasa adalah klimak dari kekarutan drama Melayu yang ditayangkan sejak kebelakangan ini.

Drama Aku Isteri Luar Biasa "Niat Halalkan Cara"
Kenapa Drama Aku Isteri Luar Biasa "Niat Halalkan Cara". Sama seperti drama-drama yang lain ingin menonjolkan pengajaran dalam cerita mereka tetapi tak kena tempat. Itulah niat yang menghalalkan cara.

Dalam cerita Drama Aku Isteri Luar Biasa " ini, watak utama Dr. Raden dan Dewi adalah watak yang mempunyai pengajaran yang baik.

Dimana Dr. Raden terkenal dengan keramahan dan mempunyai ilmu yang dalam tentang agama dan melalui wataknya ia berjaya mengubah Dewi menjadi isteri yang mengikuti ajaran islam. Malah Dewi juga mempunyai kekuatan mental bersabar apabila di benci oleh ibu mentua dan kakak Dr. Raden.

TETAPI kemesraan Dr.Raden dan Dewi dalam realiti amatlah melanggar hukum agama. Dimana mereka berpelukan dan bersentuhan selamba sahaja. Ramai yang akan menempelak aku dengan mengatakan dalam melayu yang lain pun ada juga yang berpelukan.

Ya, aku setuju tapi dalam drama Drama Aku Isteri Luar Biasa ini penerbit membuat eksperimen luar biasa menyatukan etika agama suami isteri pada pelakon yang bukan muhrim. Berkecamuk melihat agama disekularkan dalam drama ini.

Apakah pandangan anak-anak kecil melihat dari skop keagamaan menjadi keliru. Dalam Islam menyatakan lelaki dan wanita bukan muhrim tidak boleh bersentuhan tetapi drama ini mengatakan sebaliknya.

Nasihat saya kepada semua penerbit berhati-hatilah apabila membuat sesuatu filem/drama, kadangkala kita hendak menonjolkan nilai-nilai murni tetapi caranya salah.

Perkara utama dalam membuat sesuatu drama/filem ialah keuntungan tetapi jangan kita korbankan nilai-nilai agama kita. Aku pun faham sekarang ini semua drama melayu, kalau sekadar peluk-peluk ini dah menjadi sesuatu yang biasa tapi janganlah tingkatkan maksiat ini ke tahap lebih tinggi dengan kecamukkan hal-hal keagamaan.

1 comment

intandayani said...

Salam perkenalan
Jemput jengah blog saya http://intandayani.blogspot.com