Isteri Terkunci Di Luar Rumah

Isteri Terkunci Di Luar Rumah


Kasihannya isteri aku terkunci diluar rumah gara-gara semasa mengunci pintu rumah secara auto lock, malangnya pintu gate rumah tertinggal  dalam rumah...hehehehehe.

Semasa kejadian tersebut aku berada di tempat kerja, yalah aku masuk kerja pukul 7.00am dan wife aku kerja pukul 8.00am.

Pagi-pagi aku keluar mesti aku kena kunci pintu, kan aku sayang wife aku keseorangan kat rumah.
Tengah buat kerja, pukul 7.30am wife aku call terperangkap antara pintu rumah dan gate rumah.

Adus..dahlah kul 8.00am aku ada meeting production report dan di tambah rakan penyelia aku pula cuti sakit. Terpaksa jaga dua jabatan.....huhuhuhuhu.

Tapi mahu tak mahu, aku terpaksa balik juga ler. Dengan muka toya aku minta kebenaran boss aku dan nasib baik dia benarkan aku balik.

Sampai rumah, perkara pertama aku buat ialah ambil gambar wife aku yang terperangkap 2 jam...hahahahaha.

Kami sarapa dulu dan aku hantar wife dan dengan cepatnya aku balik ke tempat kerja.
Aku rasa ini pengajaran terbaik ler...lain kali takkan berlaku lagi..PASTI!!!!...hehehehehehehehehe

Share:

1 comments