Jangan Balik Raya, Kalau Nak Berjimat

Apabila ilmu sekular dijadikan tiang dalam kehidupan. Maka akan ujudlah pendapat yang tersasar dari soal tanggungjawab anak kepada ibubapa.

Balik kampung di hari raya atau bukan waktu raya melawat ibubapa bukannya satu kerja yang suka-suka. Ini adalah tanggungjawab sosial anak menjaga ibubapa mereka.

Tapi ada juga bijak pandai yang membuat statement yang bukan-bukan...kikikikiki.

Pakar penasihat kewangan mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam tidak balik kampung tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan.

Syed Abdul Aziz Qubra berkata, langkah itu bagi mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, orang ramai boleh mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak dan bayaran tol.

Dia memberi cadangan itu dalam slot Celik Kewangan bagi program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM pada Khamis yang membincangkan isu bertajuk Gaji oh Gaji.

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk beraya tahun ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu menyewa hotel.“Kalau dah ramai mesti tidur hotel dah menjadi trend sekarang tidur di hotel apabila balik beraya… tak main tidur rumah mak bapak, sempitlah..sedangkan perbelanjaan bertambah,” katanya.

Syed Abdul Aziz berkata, jika perbelanjaan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, mengapa orang ramai tidak mengubah sikap berbelanja.

Katanya, orang ramai tidak seharusnya berterusan menyalahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan diri sendiri tidak mahu mengubah cara perbelanjaan.

Katanya, adalah sesuatu yang mengarut apabila terjebak dalam keaddan kewangan yang teruk dan terpaksa berhutang dengan along semata-mata mahu dipuji mak mertua apabila balik kampung.

Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tetapi rata-rata menyatakan tidak puas hati dengan kenyataan itu.

“Nasib baik dia tak cadang raya tahun ini ditangguhkan kerana nak berjimat,” komen Mohd Zarul Zaqry.

“Lebih baik dia cadangkan rakyat Malaysia bunuh diri saja. Tak perlu beli beras untuk makan, tak perlu beli pakaian. Beli kain kapan dan upah penggali kubur saja,” tulis Mamat Cengkerik.

“Protege Ahmad Maslan dah ditemui. Tahniah,” komen Ariff Medina. 

Share:

0 comments