Kaki Wayang : Jurassic World

Jurassic World
Kaki Wayang : Jurassic World agak lambat aku tengok disebabkan tempoh bila aku nak tengok terlalu ramai yang beratur. Tu yang aku malas nak beli tiket..

Tapi akhirnya aku kesempatan juga lihat Jurassic World  dan masih penuh pangggung. Rating yang aku boleh berikan ialah 4.8/5!!!

Jurassic WorldCerita berkisar tentang eksperimen genetik menklonkan DNA beberapa Dinosar menjadikan satu dinosar yang ganas dan bijak. Akhirnya hasil penyelidikan itu memakan diri apabila dinosar tersebut terlepas dan membunuh dinosar dan manusia.

Kenapa aku berikan rating yang hampir sempurna kerana filem dinosar ini bukan selalu di buat di layar perak maka setiap pelakuan/prop yang disediakan sudah tentu mempunyai kelainanan yang amat berbeza. Binatang-binatang dan aksi yang ditonjolkan memang awesome.

Sifat kekeluargaan dan kasih sayang masih kuat menonjol dalam filem Jurassic World  ini yang sesuai ditonton oleh anak-anak. Melihat seorang abang melindungi adiknya bermati-matian walaupun ia malas nak melayang sifat ke anak-anakkan adiknya itu.

Namun ending filem ini agak mengecewakan aku kerana dinosar jahat tu dimakan oleh dinosar akhir. Klimak filem ini terlalu singkat.

Namun berbaloi membayar wang menonton filem Jurassic World ini di panggung wayang dengan aksi yang mendebarkan jiawa yang hanya boleh dirasa jika ditonton dilayar besar sahaja serta dibantu sound system yang kuat.

Share:

0 comments