Header Ads

Mahu Sewa Rumah Tapi Dapat Simbahan Asid

Mahu Sewa Rumah Tapi Dapat Simbahan Asid

Sekarang ini apa jua bidang pekerjaan adalah high risk walaupun hanya mengutip sewa rumah. Dan apa yang kita dapat katakan sikap manusia sekarang ini amatlah menakutkan..Makin parah!!

Hanya kerana sewa rumah yang kau tak bayar, bila minta kau baling asid. Mana-mana orang pun akan marah kalau 5 bulan kau tak bayar sewa. Sebab tu tuam rumah hantar anak lelaki mereka.

Hati manusia sekarang ini teruk...Inilah tanda akhir zaman kot..

Seorang bekas pelajar kolej perubatan berusia 22 tahun cedera 30 peratus pada muka, tangan dan badan apabila disimbah asid oleh seorang lelaki di Kampung Baru Bakar Kapur, Kuala Kedah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang, empat remaja lelaki lain termasuk dua adiknya berusia 22 hingga 11 tahun turut cedera ringan ketika mereka datang untuk mengutip sewa rumah yang tertunggak sejak Februari lalu daripada penyewa terbabit.

Sumber berkata, ketika mereka tiba, hanya isteri lelaki berkenaan berusia 50-an berada di rumah bersama dua anaknya, manakala suspek berusia 60-an berkenaan dipercayai keluar kerana mempunyai urusan.

Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumah dengan membawa laporan polis yang baru dibuat di Balai Polis Kuala Kedah mendakwa kumpulan remaja lelaki berkenaan datang ke rumahnya mahu membuat kacau.

“Ketika kumpulan remaja lelaki itu membaca laporan polis itu, suspek mahu ke dalam rumah sebelum keluar semula dengan membawa botol plastik lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa.

“Akibat itu, lima remaja lelaki itu menjerit kesakitan lalu melarikan diri sebelum bertindak terjun ke sungai yang terletak berhampiran dan suspek dipercayai masuk semula ke dalam rumah lalu mengurungkan diri,” katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, ahli keluarga membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan untuk siasatan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata.

No comments