Majlis Berbuka Puasa MHS 8791

Pada 4.7.2015 aku ada menghadiri majlis berbuka puasa old school Sekolah Tinggi Melaka tahun 8791.

Aku sebenarnya bekerja malam tadi tapi disebabkan aku dah lama sangat tak jumpa mereka, aku ambil keputusan ambil cuti.

Rakan-rakan MHS 8791 merupakan salah satu rakan-rakan terbaik aku masa aku tiada perkerjaaan dahulu.

Sokongan diberi kepada aku oleh rakan MHS 8791. Itulah penghargaan yang aku tidak boleh lupakan.

Malam tadi kami berbual-bual sambil berbuka puasa serta berterawih dengan semua rakan-rakan lama serta guru lama kami.

Malahan pengetua baru MHS juga merupakan bekas old school dan ia secara tidak langsung memudahkan urusan kami.

Semangat Sekolah Tinggi Melaka masih utuh dikalangan bekas pelajar-pelajar lama. Apabila disebut MHS, lain macam semangat kami ini...kikikikiki.

Semalam memang cukup meriah...dan habis majlis kami pergi mengeteh di kedai mamak hinggga pukul 4.00am..huhuhuhhhu.

Terima kasih buat pihak penganjur iaitu Gede dan Wan Hassan yang merupakan tulang belakang dalam menjayakan majlis ini.

Share:

1 comments