Melaka Panas Terik Ramadhan 2015

Melaka Panas Terik Ramadhan 2015


Cuaca Melaka sekarang ini memang cukup panas dan bahang. Ada orang luar dari Melaka yang datang ke Melaka mengadu kenapa Melaka panas sangat?

Aku katakan orang Melaka ini adalah orang-orang yang beriman, diuji Allah dengan panas terik sempena bulan Ramadhan ini...hehehehehe.

Tetapi secara peribadi, Melaka memang cukup bahang sekarang ini. Minimum suhu ialah 32 darjah Celcius seperti rajah di bawah ini.

Tengahari aku memang malas nak keluar rumah, nasib tempat kerja ada aircond , aku lepak jer kat dalam kilang aku tanpa membenarkan tubuh aku dipanah oleh kebahangan matahari..hehehehehe.

Malam pula nak tidur memang tak lena, rumah aku memang tak pasang aircond. Berpeluh juga ler tidur malam...macam baby...hahahaha. Bini aku banyak kali minta aku pasang aircond tetapi aku tetap menolaknya.

Bukannya aku seorang suami yang tidak bertimbang rasa tetapi aku merasakan di tempat kerja kita disembur dengan aircond dan kat rumah pun ada aircond. Bila nak keluar peluh...berpeluh tu bagus untuk buang toksid.

Kalau langsung tak berpeluh macam-macam penyakit yang kena nanti. Baik berpeluh sikit.
Tapi manusia memang macam ini kan, kalau hujan kita pun membebel dan kalau panas kita pun membebel..

Melaka Panas Terik Ramadhan 2015


Share:

1 comments