Peguam Negara Pun Dipecat Dalam Kabinet 2015 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Peguam Negara Pun Dipecat Dalam Kabinet 2015

Apa kena mengena Peguam Negara dalam rombakan Kabinet 2015. Adakah dia juga dikira sebagai ahli PM....

Tindakan tergesa-gesa Putrajaya memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menimbulkan persoalan sama ada ia sebahagian perancangan untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak yang sedang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Persoalan itu dibangkitkan beberapa pemimpin pembangkang hari ini, yang menyifatkan pemecatan itu tidak sah, dan melanggar Perlembagaan.

Mereka merujuk kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, bahawa jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan dan hanya boleh dipecat dengan saranan sebuah tribunal khas yang ditubuhkan.

“Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri?

“Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah?” soal Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa pula, tindakan gopoh Putrajaya itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?“Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal,” katanya.

Gani adalah salah seorang anggota pasukan petugas khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap Najib berhubung isu 1MDB.

Selain Gani, tiga lagi anggota pasukan itu adalah Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Gani ditamatkan perkhidmatannya bermula semalam dan diganti bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Penamatan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Ali, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.Bagaimanapun, media hari ini melaporkan Gani tidak tahu langsung berkenaan pengumuman yang dibuat oleh Ali Hamsa. 

No comments: