Selfie Mengatasi DLSR Kamera - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Selfie Mengatasi DLSR Kamera

Selfie Mengatasi DLSR Kamera
Gambar Selfie Keluarga

Mood raya masih membara di hari raya kedua ini..hehehehehe. Hari ini aku banyak rehatkan badan sebab semalam raya pertama ramai yang datang rumah mak aku dari tengahari hingga ke petang. Penat bangat!!!

Tahun ini perkhidmatan Kamera DLSR aku agak kabur sebab isteri aku sudah mula mengguna smartphone dan secara tak langsung anak-anak aku mula menggunakan perkhidmatan smartphone yang baru ini.

Awal raya dah mula berselfie sebaik sahaja mengenakan pakaian baru. Pelbagai aksi si ibu dan anak berselfie serta diikuti oleh adik ipar aku.

Kamera DLSR aku hanya digunakan untuk mengambil gambar keluarga sahaja, itupun aku paksa..heheheheh.

Kalau tak pakai smarphone sahaja ler....amik gambar keluarga.Sedih gak melihat suasana sedemikian. Selfie telah mengambil alih nilai sentimental DLSR Kamera..huhuhuhu.


Sebenarnya ramai menyangkakan Samartphone dengan DLSR tiada bezanya sebab nilai pixel smartphone adakalanya lebih baik dari DLSR atau setanding.

Itu aku akui tetapi teknik pengambaran kita tak dapat terapkan dalam smartphone dimana permainan cahaya, dengan aperture serta shutter speed serta ISO boleh membuat sesuatu gambar itu hidup atau boleh diolah dengan imaginasi kita.

Tetapi perkembangan ini kita tak dapat nak elakkan, so mahu tak manhu kena follow jer. Aku pun berselfie dengan anak-anak dan isteri aku...hehehehhee.

Kamera DLSR akan digunakan untuk mengambil gambar yang lebih bersifat abstrak...

Selfie Mengatasi DLSR Kamera

No comments: