1.68 juta Lelaki Malaysia Lemah Batin - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

1.68 juta Lelaki Malaysia Lemah Batin

1.68 juta Lelaki Malaysia Lemah Batin

Kira-kira 1.68 lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED), kata presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Datuk Nancy Ho.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan mereka keberatan atau takut berjumpa pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan masalah itu yang juga dikenali sebagai lemah tenaga batin.

"Terdapat banyak cabaran untuk merawat ED terutamanya akibat keengganan mereka berbincang secara berterus terang tentang masalah itu atau dihalang oleh kepercayaan berasaskan budaya dan set minda," katanya ketika berucap pada Persidangan Mengenai Peranan Ahli Farmasi Dalam Menangani ED di sini hari ini.

ED ialah ketidak mampuan berterusan atau secara berulang untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan secukupnya bagi melakukan hubungan seks dengan memuaskan.

Ho berkata, keadaan psikologi dan emosi seperti stres, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED.

No comments: